suria

Falsafah Kepolisan Tepati Ciri Metropolitan Penting - MB Johor

JOHOR BARU: Falsafah kepolisan yang menepati ciri-ciri metropolitan perlu diambil kira sejajar dengan hasrat kerajaan negeri menjadikan Johor Baharu sebagai Bandaraya Metropolis, kata Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Beliau berkata kepolisan metropolis merupakan trend yang dijangka terus berkembang di masa akan datang selaras perkembangan pesat kawasan bandar yang semakin luas dan sofistikated.

"Perubahan ini menuntut polis memperlengkapkan jabatan dengan sumber manusia yang kompeten dan prasarananya mestilah mampu menepati kehendak masyarakat," katanya.

Beliau berkata demikian dalam Majlis Penghargaan Menteri Besar Johor Kepada Polis Diraja Malaysia di sini malam Ahad.

Menurutnya, kehadiran polis dibantu prasarana moden serta kelengkapan berteknologi, memungkinkan peranan 'undang-undang dan ketenteraman' dapat dipraktikkan sepenuhnya kepada msyarakat.

Mohamed Khaled turut menyangkal dakwaan bahawa keadaan jenayah di Johor sangat tinggi dan tidak terkawal.

Menurutnya, sekiranya dakwaan itu benar, pastinya pelabur asing mahupun rakyat negara jiran tidak akan datang melawat ke negeri ini. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain