Sekolah Disaran Utamakan Sukan Selain Akademik - Muhyiddin - Semasa | mStar

Sekolah Disaran Utamakan Sukan Selain Akademik - Muhyiddin

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pendidikan menyampaikan replika pin boling kepada ketua kontinjen ketika beramah mesra dengan kontinjen-kontinjen bertanding selepas merasmikan Sukan Institusi Pendidikan Malaysia (SIPMA) Kelima di Kolej Matrikulasi Pahang dekat Kuantan malam Ahad.
SIPMA 2013 ini berlangsung dari 15 hingga 22 November ini. -Foto BERNAMA.
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pendidikan menyampaikan replika pin boling kepada ketua kontinjen ketika beramah mesra dengan kontinjen-kontinjen bertanding selepas merasmikan Sukan Institusi Pendidikan Malaysia (SIPMA) Kelima di Kolej Matrikulasi Pahang dekat Kuantan malam Ahad. SIPMA 2013 ini berlangsung dari 15 hingga 22 November ini. -Foto BERNAMA.

KUANTAN: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menyarankan pihak sekolah meletak sukan sebagai satu daripada bidang yang diberi keutamaan selain akademik.

Muhyiddin, yang juga Menteri Pendidikan, berkata usaha itu selaras dengan hasrat kerajaan bagi melahirkan bukan sahaja modal insan berdaya saing malah atlet pelajar bertaraf dunia.

"Untuk tujuan itu, kementerian melaksanakan program secara komprehensif dengan memperkasakan pengurusan dan pembangunan sukan sekolah serta institusi pendidikan.

"Jawatankuasa Pembangunan Sukan Sekolah telah diwujudkan di peringkat kementerian untuk merancang, memantau dan mempergiatkan aktiviti sukan dengan tujuan mencungkil serta mengasah bakat baharu dalam pelbagai bidang sukan dalam kalangan pelajar," katanya ketika berucap merasmikan Sukan Institusi Pendidikan Malaysia (Sipma) ke-5 di Kolej Matrikulasi Pahang malam Ahad.

Sejumlah 1,281 pegawai dan atlet dari tujuh kontinjen menyertai kejohanan selama seminggu itu, yang berakhir Khamis ini.

Muhyiddin berkata kerajaan sentiasa memberi perhatian terhadap bidang sukan, yang merupakan antara platform terbaik pembangunan modal insan secara menyeluruh dan berdaya saing.

Beliau berkata pelbagai usaha dilaksana dalam mempertingkat pencapaian sukan selaras dengan kecemerlangan akademik.

"Keseimbangan pembangunan kedua-dua perkara ini dilihat akan dapat mempertingkatkan lagi pencapaian sukan di institusi pendidikan dan seterusnya negara. "Hal ini juga dapat membantu hasrat kerajaan untuk menjadikan sukan sebagai satu bidang penting yang dapat mengembangkan potensi modal insan," katanya.

Selain itu, Muhyiddin berkata penglibatan aktif dalam sukan mampu mendedahkan pelajar dari aspek berkomunikasi, bersosialisasi dan mengenali antara satu sama lain. "Asas perpaduan yang kukuh perlu dibina dalam sistem pendidikan kita supaya pelajar ini boleh memainkan peranan sebagai ejen perpaduan yang diharapkan," katanya.

Muhyiddin berkata kementerian juga telahpun mengadakan hubungan strategik dengan agensi seperti Majlis Sukan Negara, Institut Sukan Negara, Persatuan Sukan Kebangsaan dan badan korporat yang turut membangunkan program pembangunan sukan.

"Kemudahan sukan di sekolah juga sedang dipertingkat untuk memastikan program sukan dapat dilaksana dengan lancar dan sehubungan itu, kerajaan memperuntuk RM235 juta dalam Rancangan Malaysia Ke-10 untuk program pembangunan sukan dan menambah baik prasarana sukan sekolah yang melibatkan 230 projek di seluruh negara," katanya. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

Artikel Lain

Spurs pecat Pochettino!