Nahas Genting Highlands: Kerajaan Tidak Akan Sembunyi Hasil Siasatan - Hishammuddin - Semasa | mStar

Nahas Genting Highlands: Kerajaan Tidak Akan Sembunyi Hasil Siasatan - Hishammuddin

MELAKA: Kerajaan tidak akan sama sekali menyembunyikan hasil siasatan nahas bas di Genting Highlands yang mengorbankan 37 penumpang di KM3.6 Jalan Genting Highlands-Kuala Lumpur pada 21 Ogos lepas, kata Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Beliau yang juga Menteri Pertahanan memberi jaminan laporan penuh siasatan nahas itu akan dimaklumkan kepada pengetahuan umum sekali gus menggambarkan ketelusan kerajaan menangani isu berhubung kemalangan kenderaan komersil yang membawa penumpang.

"Saya sendiri telah mengadakan pertemuan dengan pihak pengurusan kanan Genting Highlands Berhad dan meminta mereka bekerjasama dengan pihak yang terlibat dalam penyiasatan nahas ini.

"Saya juga telah mengarahkan semua pihak terlibat untuk menyiasat secara menyeluruh dan telus terhadap setiap laporan yang dikeluarkan," katanya ketika berucap pada majlis makan malam sempena mesyuarat agung tahunan Majlis Keselamatan Jalan Raya (MKJR) di Bandar Hilir di sini malam Sabtu.

Turut hadir Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron, Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) Datuk Dr Tam Weng Wah dan Pengerusi MKJR Melaka Datuk Abdul Ghafaar Atan.

Hishammuddin berkata Institut Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) telah menyediakan laporan awal yang benar-benar telus berhubung insiden itu dan sebagai langkah segera Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat telah mengeluarkan notis untuk menggantung perkhidmatan bas terbabit.

"Inilah transformasi yang saya lakukan di kementerian ini...saya ingin menjadikan nahas ini sebagai titik mula kepada penambahbaikan aspek keselamatan jalan raya di kawasan peranginan dan kawasan berisiko tinggi seluruh negara," katanya.

Sementara itu, Hishammuddin berkata kementeriannya telah mengarahkan JKJR dan MKJR menubuhkan cawangan MKJR di setiap daerah seluruh negara bermula Januari tahun depan.

"Sebelum ini MKJR hanya beroperasi di peringkat persekutuan dan negeri, tujuan perluasan ini adalah bagi memastikan usaha serta inisiatif dalam memberi kesedaran dan pendedahan mengenai keselamatan jalan raya dapat dilaksanakan secara menyeluruh," katanya.

Beliau berkata langkah itu penting bagi memastikan kerugian sebanyak RM8.3 billion dialami kerajaan akibat 6,917 kes kemalangan maut tahun lepas tidak akan berulang kembali. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Mohana Ketua Wanita MIC Baharu

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

Artikel Lain

Spurs pecat Pochettino!