suria

Mohan Minta Kerajaan Timbang Jawatan Senator Kepada Pemuda MIC

KUALA LUMPUR: Pemuda MIC meminta kerajaan pertimbang beri jawatan senator kepada sayap itu bagi mengiktiraf sumbangan mereka kepada parti dan Barisan Nasional.

Penyandang Ketua Pemuda MIC Datuk T Mohan berkata setakat ini, sayap Wanita MIC mempunyai satu jawatan senator sebagai wakil di Dewan Negara.

"Peranan Pemuda MIC juga amat besar dalam memperkasa serta memperkukuhkan parti dan BN. Pemberian satu jawatan senator akan membolehkan Pemuda lebih bersuara untuk meningkatkan keperluan belia India," katanya kepada pemberita selepas perhimpunan agung Pergerakan Pemuda dan Wanita MIC Kebangsaan, di sini Sabtu.

Perhimpunan itu dirasmikan Presiden MIC Datuk Seri G.Palanivel. - BERNAMA

Artikel Lain