suria

MB Mahu Pemimpin MIC Johor Pastikan Parti Sentiasa Relevan

PASIR GUDANG: Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mahu pemimpin MIC di negeri ini memastikan parti mereka sentiasa relevan dan dapat membantu masyarakat India.

Beliau berkata sebagai ketua kerajaan negeri, beliau tidak mampu melaksanakan dasar bagi membangunkan semua kaum secara bersendirian.

Justeru, katanya, Pemimpin MIC boleh memainkan peranan dengan bersama-sama kerajaan negeri membangunkan masyarakat India.

"Pemimpin MIC boleh bekerjasama dalam meningkatkan keupayaan masyarakat India, keluarkan mereka dari kemiskinan serta tentukan mereka terus terbabit dalam arus pembangunan negara," katanya pada Rumah Terbuka Deepavali 2013 anjuran MIC Bahagian Pasir Gudang di Taman Mawar, yang dihadiri 1,000 tetamu.

Mohamed Khaled juga berkata semua pandangan terbaik masyarakat India perlu diambil kira agar kerajaan negeri dapat menyediakan program serta dasar berkesan bagi memaju dan membela mereka.

Katanya, beliau sedia memberi perhatian dan pertimbangan sewajarnya berkaitan apa sahaja isu atau masalah yang dikemukakan pemimpin MIC. -BERNAMA

Artikel Lain