suria

Kes Culik Di Semporna: Pemimpin, Rakyat Taiwan Prihatin Nasib Mangsa

SEMPORNA: Penculikan seorang pelancong Taiwan dari pulau peranginan eksklusif di Sabah menjadi satu berita yang besar di Taiwan apabila pemimpin kerajaan dan rakyat memikirkan tentang nasib mangsa.

Beberapa media utama Taiwan telah datang untuk mengetahui maklumat lebih lanjut mengenai kejadian tembak dan pembunuhan di resort Pulau Pom POm yang telah menghantar gelombang kejutan di negara mereka.

Antara kumpulan media itu adalah sekurang-kurangnya tiga cawangan penyiaran yang menghantar wartawan mereka pergi ke Pulau Pom Pom, dalam jarak 45 minit perjalanan dengan bot dari sini.

Wartawan CTI Television Incorporation, Yu Chiao Lin berkata orang-orang di Taiwan termasuk pemimpin politik, berharap tidak ada sesuatu yang buruk berlaku terhadap wanita Taiwan yang diculik, Chang An Wei, 58.

"Ia adalah berita yang besar dan orang ramai terkejut mengenai kejadian itu. Semua orang berharap bahawa dia akan terus hidup dalam menghadapi pengalaman pahit itu," katanya.

Beliau juga berkata ahli-ahli politik Taiwan telah menjadikan platform media sosial untuk bercakap mengenai kejadian yang berlaku pada pukul 1.00 pagi Jumaat, di mana suami Chang, Hsu Li Min, 57, telah ditembak mati.

Yu berkata pasangan itu tidak mempunyai anak dan telah terlibat dalam perdagangan tekstil dengan tanah besar China, serta telah bersedia untuk bersara.

Beliau berkata, mereka telah banyak melancong dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

Hsu dan Chang telah mendaftar masuk ke resort pada Selasa lepas dan dijadual berlepas pada 20 November.

Resort persendirian itu adalah 30-minit perjalanan dengan bot dari perairan antarabangsa bersempadan dengan pulau Tawi Tawi di Filipina.

Artikel Lain