suria

Jambatan P.Pinang Dibuka Semula, Trafik Bergerak Lancar

Para peserta membanjiri Jambatan Pulau Pinang bagi mengambil bahagian dalam pertandingan Larian Marathon Antarabangsa Jambatan Pulau Pinang di George Town, Ahad. Seramai 47,000 peserta mengambil bahagian dalam larian marathon tersebut yang dianjurkan oleh kerajaan negeri. -fotoBERNAMA

GEORGE TOWN: Trafik bergerak lancar di sepanjang Jambatan Pulau Pinang, menurut Projek Lebuhraya Usahasama Bhd (PLUS).

Trafik sebelum ini dilaporkan telah bergerak perlahan selepas jambatan itu dibuka pada pukul 10.16 pagi Ahad.

Jambatan ini telah ditutup selama sembilan jam dari pukul 1.00 pagi untuk acara tahunan Larian Marathon Antarabangsa Jambatan Pulau Pinang.

PLUS, dalam satu kenyataan berkata beberapa jalan menuju ke jambatan juga ditutup untuk tempoh yang sama bagi mengelakkan sebarang gangguan semasa larian.

Artikel Lain