suria

C. Sivarraajh Menang Jawatan Ketua Pemuda MIC

Ketua Pemuda Pergerakan Pemuda MIC Kebangsaan yang baharu, C. Sivarraajh diangkat oleh para penyokongnya pada pemilihan pucuk pimpinan parti itu di Kuala Lumpur pada Sabtu. Beliau menang dengan 278 undian menewaskan V. Mugilan yang mendapat undian sebanyak 234 undi. -fotoBERNAMA

KUALA LUMPUR: Setiausaha Pemuda MIC, C. Sivarraajh dipilih sebagai Ketua Pemuda MIC bagi penggal 2013-2016 selepas mengalahkan V. Mugilan dalam pertarungan satu lawan satu pada pemilihan sayap itu di sini, Sabtu.

Sivarraajh, yang juga pegawai khas Menteri Besar Perak, menang dengan majoriti 44 undi selepas memperoleh 278 undi berbanding 234 oleh Mugilan, bekas timbalan ketua pemuda sayap itu. Seramai 560 perwakilan mengundi pada pemilihan sayap itu.

Keputusan pemilihan tersebut diumumkan oleh anggota Jawatankuasa Pemilihan Parti, Datuk T. Rajagopalu pada pukul 8.30 malam ini.

Jawatan Ketua Pemuda tidak dipertahankan oleh Datuk T. Mohan yang akan bertanding jawatan Naib Presiden pada pemilihan parti itu di Melaka, 30 November ini.

Jawatan Timbalan Ketua Pemuda dimenangi oleh Ketua Biro Guaman Pemuda, R. Thinalan yang memperoleh 321 undi untuk mengalahkan Timbalan Ketua Pemuda Melaka K. Sashi Kumar.

Sashi Kumar, seorang peguam, mendapat 188 undi.

Bercakap pada sidang media selepas keputusan diumumkan, Sivarraajh berkata beliau tidak gembira dengan majoriti undi yang diperolehinya.

Bagaimanapun, beliau mengucapkan terima kasih kepada perwakilan kerana memberi mandat kepadanya untuk memimpin sayap itu.

Beliau menyifatkan kemenangan tipis itu adalah kerana usaha kerasnya kepaad parti, sumbangan kepada golongan muda serta memperjuangkan kepentingan sayap itu.

"Barisan kepimpinan baharu ini akan menggunakan sepenuhnya mandat ini untuk membawa gelombang pembaharuan bagi agenda yang digariskan," katanya.

Beliau berkata agenda pertama ialah mengubah persepsi orang ramai terhadap parti serta menubuhkan Makmal Pemuda MIC di setiap kawasan Parlimen bagi menangani masalah di peringkat akar umbi secara berkesan.

Mengenai pencabarnya, Sivarraajh berkata Mugilan akan sentiasa menjadi rakan dan akan membawanya kemudian untuk bekerja dan memperkasakan sayap itu.

"Mugilan mempunyai keupayaan dan berpotensi untuk menyumbang kepada kebaikan golongan belia India di negara ini," katanya. BERNAMA

Artikel Lain