Tentera Laut AS Tamatkan Kesemua Kontrak Dengan Syarikat Leonard - Semasa | mStar

Tentera Laut AS Tamatkan Kesemua Kontrak Dengan Syarikat Leonard

Leonard Francis
Leonard Francis

WASHINGTON: Tentera Laut Amerika Syarikat (AS) telah menamatkan kontrak bernilai lebih AS$200 juta (RM640.9 juta) dengan sebuah syarikat pertahanan milik ahli perniagaan Malaysia, Leonard Ferancis yang ditangkap ekoran skandal penyelewengan dan rasuah melibatkan tentera laut negara ini.

Menurut dua pegawai tentera laut pada Khamis, mereka turut menarik balik empat kontrak bernilai AS$203.5 juta (RM652 juta) dan tidak membenarkan pesanan baru dibuat dengan syarikat Glenn Defense Marine Asia (GDMA) yang menjadi pusat kegiatan jenayah membabitkan rasuah dan perkhidmatan pelacur.

"Kesemua empat kontrak telah ditamatkan," kata seorang pegawai tentera laut yang enggan namanya didedahkan.

Pemilik GDMA, Francis atau dikenali dengan nama 'Fat Leonard' didakwa memberi rasuah kepada seorang komander AS untuk mendapatkan kontrak lumayan dengan menyediakan pelacur, tiket konsert penyanyi Lady Gaga dan rasuah lain.

"Kami menghentikan semua kontrak yang masih aktif, subkontrak, pesanan tugas dan perintah penghantaran dengan GDMA.

"Larangan itu bermaksud kami tidak lagi akan membuat kontrak baru atau meneruskan sebarang pesanan tugas atau perintah penghantaran dengan GDMA," kata pegawai tentera laut itu.

Menurut dokumen pendakwaan yang difailkan di Mahkamah Persekutuan di San Diego di sini, Francis didakwa memberi rasuah kepada seorang komander AS untuk mendapatkan maklumat rahsia laluan kapal kepada GDMA dan maklumat lain berkaitan kontrak bernilai ratusan juta tentera laut AS.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

Artikel Lain