suria

Proses Undi Pilih Barisan Sayap Pemuda, Wanita MIC Kebangsaan Bermula

KUALA LUMPUR: Proses pengundian untuk memilih barisan sayap Pemuda dan Wanita MIC Kebangsaan baru bermula.

Proses bagi sayap Wanita bermula 11.50 pagi manakala Pemuda pula bermula 1.20 tengah hari.

Kira-kira 1,200 perwakilan akan memilih masing-masing seorang Ketua dan Timbalan Ketua, masing-masing dua wakil untuk ke Jawatankuasa Kerja Pusat, 12 anggota majlis kebangsaan dan 35 perwakilan yang kesemuanya akan menghadiri perhimpunan agung parti yang dijadual diadakan di Melaka pada 30 November ini.

Setiap perwakilan diberikan lima kertas pengundian untuk melakukan pemilihan itu.

Keputusan pemilihan dijangka diketahui selewat-lewatnya pukul 4 petang. - BERNAMA

Artikel Lain