suria

Presiden KP1M Cedera Di Kepala Dihempap Besi Khemah

Presiden Kelab Putera 1Malaysia (KP1M), Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim (tengah) dipapah setelah mengalami kecederaan di kepala selepas besi yang digunakan untuk mendirikan khemah, tumbang ditiup angin kencang dan menghempap kepalanya di kawasan operasi sukarelawan KP1M di Lapangan Terbang Daniel Z Romualdez di Tacloban pada Sabtu. Selepas kejadian itu, beliau terus dibawa ke klinik lapangan yang diselenggara Kor Perubatan Angkatan Tentera Malaysia, di sini, dan menerima empat jahitan dan suntikan anti tetanus. Keadaan beliau bagaimanapun dilaporkan stabil. -fotoBERNAMA

TACLOBAN: Presiden Kelab Putera 1Malaysia (KP1M) Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim cedera di kepala selepas besi yang digunakan untuk mendirikan khemah, tumbang ditiup angin kencang dan menghempap kepalanya di kawasan operasi sukarelawan KP1M di Lapangan Terbang Daniel Z Romualdez, Tacloban, di sini Sabtu.

Kejadian kira-kira 1.45 petang waktu tempatan itu berlaku ketika beliau sedang mengadakan perbincangan bersama anggota sukarelawan setelah selesai melakukan lawatan dan menyerahkan bantuan di kawasan berdekatan.

Selepas kejadian itu, beliau terus dibawa ke klinik lapangan yang diselenggara Kor Perubatan Angkatan Tentera Malaysia, di sini, dan menerima empat jahitan dan suntikan anti tetanus.

Keadaan beliau bagaimanapun dilaporkan stabil. - BERNAMA

Artikel Lain