suria

Pemilihan MIC: Saya Tidak Sokong Calon Tertentu - Palanivel

KUALA LUMPUR: Presiden MIC, Datuk Seri G.Palanivel menafikan dakwaan bahawa beliau menyokong calon-calon tertentu pada pemilihan parti itu, Sabtu.

"Apabila orang datang kepada saya dan meminta restu, saya tidak merestuinya.

"Apabila saya menerima SMS, saya tidak membalasnya," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucapan pada majlis perasmian perhimpunan agung pergerakan Pemuda dan Wanita kebangsaan MIC di sini, Sabtu.

Palanivel turut meminta para perwakilan untuk mengundi dengan bijak dan memilih calon berkelayakan yang boleh membawa perubahan positif ke dalam parti.

Artikel Lain