Palanivel Gesa Ahli Parti Perkukuh Sayap Wanita, Pemuda MIC - Semasa | mStar

Palanivel Gesa Ahli Parti Perkukuh Sayap Wanita, Pemuda MIC

PETALING JAYA: Presiden MIC Datuk Seri G. Palanivel (menang tanpa bertanding) menggesa kesemua ahli parti untuk memperkukuhkan sayap wanita dan pemuda parti itu.

Beliau berkata sayap wanita, khususnya, perlu diperkukuhkan kerana sumbangan lebih ramai wanita muda akan memacu parti itu ke arah kecemerlangan.

Dalam ucapan beliau menjelang pemilihan sayap Wanita dan Pemuda MIC, Palanivel turut mengingatkan ahli parti supaya terus bersatu.

"Saingan untuk kerusi itu mungkin sengit tetapi perpaduan di dalam parti harus dikekalkan selepas ini," katanya.

Beliau turut menggesa ahli parti untuk mengundi dengan bijak bagi memastikan kepimpinan yang kuat pada masa hadapan.

Artikel Berkaitan