suria

Penculikan di Semporna, Dilakukan Lanun Tempatan - Wan Junaidi

Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Wan Junaidi Tuanku Jaafar

PETALING JAYA: Lanun dan perompak warga tempatan dipercayai terlibat dalam kes pembunuhan seorang lelaki warga Taiwan dan penculikan isterinya di sebuah resort atas air di Pulau Pom-Pom, yang terletak berdekatan dengan perairan Semporna, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar pada Jumaat.

Beliau berkata tiada petanda yang menunjukkan jenayah berkenaan dilakukan oleh lanun dari negara jiran atau kumpulan militan di selatan Filipina.

"Saya telah mendapat laporan penuh daripada pesuruhjaya polis Sabah....tiada bukti yang menunjukkan penjenayah datang dari selatan Filipina.

"Kita percaya mereka orang tempatan," katanya ketika dihubungi pada Jumaat.

Tiada pelancong asing lain yang berada di resort berkenaan diculik atau dicederakan, katanya.

Mangsa yang diculik dikenali sebagai An Wei Chang, 58. Sementarara suaminya Lim Min Hsu, 57, ditemui mati dengan dua kesan tembakan di bahagian dada.

Kumpulan bersenjata itu tiba di resort tersebut menggunakan bot pam dan menyerang Pulau Pom-Pom, kira-kira pukul 1 pagi Jumaat dan melarikan diri ke Pulau Mataking dekat selatan Filipina.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain