Pemilihan PAS: Jangan Burukkan Calon Ketika Berkempen - Mohd Amar - Semasa | mStar

Pemilihan PAS: Jangan Burukkan Calon Ketika Berkempen - Mohd Amar

KOTA BAHARU: Calon yang bertanding merebut pelbagai jawatan dalam kepimpinan PAS yang akan berlangsung pada Muktamar Tahunan PAS ke-59 serta para penyokong mereka diminta tidak memburuk-burukkan lawan masing-masing kerana cara tersebut tidak selari dengan tuntutan agama.

Calon Timbalan Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata kempen secara negatif bakal memberi kesan buruk kerana pemilihan tersebut adalah proses pertandingan sesama 'sahabat' di dalam satu jemaah.

Mohd Amar yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan berkata beliau yakin perwakilan matang dalam menilai setiap maklumat yang disebar dalam pelbagai medium terutama di laman sosial seperti blog dan Facebook serta percaya perwakilan bijak memilih pemimpin berdasarkan kelebihan yang ada pada setiap calon. "Saya sendiri tidak berkempen, sebab itu saya duduk relaks sahaja, kalau ada kawan-kawan nak berkempen itu biarlah, cuma saya selalu sebut kalau ada orang nak berkempen pun jangan buruk-burukkan orang lain, sebab itu bukan cara Islam, yang keduanya pula kita berlawan satu jemaah.

"(Misalnya) Mohamad Sabu (penyandang) bukan orang lain, sahabat saya juga, saya pun sahabat dia, jadi kita tak perlu buruk-burukkan sesiapa, biar orang menilai kita berdasarkan kelebihan kita, itu yang saya pesan kepada kawan-kawan yang nak berkempen," katanya ketika ditemui di sini Jumaat.

Beliau mengulas dakwaan kempen dalam pemilihan PAS kali ini adalah yang terburuk dalam sejarah parti apabila pelbagai serangan terhadap imej calon tertentu semakin hangat tersebar melalui medium sosial dan internet termasuk kes menggantikan wajah salah seorang calon Ketua Pemuda PAS dengan seekor anjing. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Cekap tangani isu sekolah daif, Kementerian Pendidikan sasar selesai tiga tahun lagi

KEMENTERIAN Pendidikan sedang bekerja keras dalam usaha membaiki dan membina semula sekolah yang dalam keadaan daif di seluruh negara.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

Artikel Lain