suria

Kanak-Kanak Maut Terjatuh Daripada Van

JOHOR BAHARU: Seorang kanak-kanak berusia lima tahun maut setelah terjatuh dari van sekolah di Jalan Sri Pulai Perdana, Kangkar Pulai tengah hari Jumaat.

Mangsa Chang Zheng Yu dalam perjalanan pulang dari Taska di Taman Sri Pulai Perdana.

Pemandu van itu kemudiannya menghantar mangsa ke Hospital Sultanah Aminah bagi mendapatkan rawatan sebelum mangsa disahkan meninggal dunia.

Ketua Polis Daerah Nusajaya, Supritendan Noor Hashim Mohamad yang mengesahkan kejadian itu memberitahu mangsa terjatuh selepas membuka pintu van yang masih bergerak.

"Kemalangan itu berpunca dari kecuaian mangsa yang bertindak membuka pintu kenderaan yang masih lagi bergerak," katanya ketika dihubungi. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain