suria

Hina Speaker, Surendran Digantung Enam Bulan Daripada Hadiri Dewan Rakyat

N.Surendran
N.Surendran
N.Surendran

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Padang Serai, N. Surendran digantung enam bulan daripada menghadiri sidang Dewan Rakyat kerana kenyataannya yang menghina Speaker, Tan Sri Pandikar Amin Mulia dan Dewan Rakyat.

Beliau mendakwa Pandikar Amin memberi fakta tidak benar dan bersifat bias sebelum ini.

Berikutan usul yang diterima pada Khamis, Surendran hilang semua keistimewaan termasuk bayaran elaun ditarik balik selama tempoh penggantungan berkenaan yang berkuat kuasa serta-merta.

Usul bagi menggantung kehadiran Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang juga seorang peguam itu dibacakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nancy Shukri mengikut Peraturan Mesyuarat 27(3) selepas dibenarkan Timbalan Speaker, Datuk Ronald Kiandee.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain