suria

Tahanan Mati Di Lokap Mahkamah Sebelum Sebutan Kes

KUALA LUMPUR: Seorang tahanan lelaki mati ketika tiba di lokap Mahkamah Majistret di sini kira-kira pukul 7 pagi Khamis.

Mengesahkan perkara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah berkata tahanan berumur 49 tahun itu sebelum itu didapati pengsan dalam kenderan 'Black Maria'.

Bagaimanapun mangsa disahkan meninggal dunia di dalam lokap tersebut.

Terdahulu mangsa menaiki kenderaan tersebut bersama-sama tahanan lain dari Penjara Sungai Buloh.

"Mangsa didakwa di bawah Seksyen 12(3) Akta Dadah Berbahaya 1952 pada 14 Okt lepas kerana memiliki dadah merbahaya dan sebutan kesnya pada Khamis di Mahkamah Majistret," katanya.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk dibedah siasat. - BERNAMA

Artikel Lain