suria

PM Tiba Di Sri Lanka Untuk Hadiri CHOGM 2013

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Bandaranaike di Katunayaki, Colombo dan disambut oleh Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Sri Lanka Azmi Zainuddin (kiri). -fotoBERNAMA

COLOMBO (Sri Lanka): Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di ibu negara Sri Lanka ini pada Khamis untuk menghadiri Mesyuarat Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM) 2013 dan acara berkaitan.

Ketibaan Perdana Menteri di Lapangan Terbang Antarabangsa Bandaranaike disambut Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Sri Lanka Azmi Zainuddin.

Najib, yang mengetuai delegasi Malaysia ke CHOGM, mempunyai jadual sibuk sepanjang mesyuarat chogm 2013.

Beliau dijadual menghadiri tiga sesi peringkat eksekutif dan tiga sesi permukiman dengan ketua kerajaan yang lain.

Najib dijadual menghadiri majlis makan malam yang dihoskan Prince of Wales dan Duchess of Cornwall dan jamuan negara dihoskan Presiden Sri Lanka Mahinda Rajapaksa.

Komanwel merupakan persatuan sukarela dianggotai 53 negara bagi mengadakan perbincangan dan kerjasama dalam bidang kepentingan bersama untuk rakyat mereka dan menggalakkan persefahaman antarabangsa dan keamanan dunia. Negara anggota Komanwel mempunyai kira-kira 1.2 bilion penduduk.

Bertema "Pertumbuhan Dengan Ekuiti: Pembangunan Inklusif", CHOGM 2013 akan dirasmikan Prince of Wales, yang akan mewakili Ratu Elizabeth, yang merupakan ketua Komanwel pada Jumaat.

Ratu Elizabeth, 87, tidak dapat hadir pada mesyuarat CHOGM di Sri Lanka berikutan Istana Buckingham sedang melakukan semakan semula terhadap lawatan jarak jauh baginda.

Baginda tidak pernah terlepas daripada menghadiri mesyuarat CHOGM sejak sidang kemuncak pada 1973. - BERNAMA

Artikel Lain