suria

Kedah Perlu Lebih Banyak Industri Untuk Jana Ekonomi - Tun Mahathir

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad (dua, kanan) beramah mesra dengan pelancong asing yang melawat Muzium Padi di Gunung Keriang di Alor Setar, Khamis. Terdahulu, Mahathir menghadiri dialog sembang petang sempena karnival 7 hari 7 malam Muzium Padi. -fotoBERNAMA

ALOR SETAR: Kerajaan Kedah perlu mewujudkan lebih banyak kawasan perindustrian untuk menjana pendapatan tinggi, tetapi pada masa sama tidak boleh mengabaikan sektor pertanian berasaskan padi.

Ini kerana padi merupakan jaminan bekalan makanan kepada rakyat negara ini, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Dr Mahathir berkata sektor pertanian padi perlu diuruskan dengan cekap untuk memastikan produktiviti yang tinggi, sekali gus dapat menyumbang pendapatan tinggi kepada petani.

"Dua perkara saya lihat penting di Kedah iaitu jaminan makanan dan juga meningkatkan pendapatan rakyat. Untuk itu, kerajaan negeri memerlukan aktiviti industri yang dapat menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan," katanya dalam majlis dialog sembang petang sempena Karnival 7 Hari 7 Malam, Muzium Padi di Gunung Keriang di sini Khamis.

Karnival bermula sejak 11 November lepas.

Beliau berkata untuk memperoleh hasil yang lebih baik, pesawah perlu menggunakan peralatan pertanian berteknologi moden bagi meningkatkan hasil pengeluaran mereka.

"Untuk tingkatkan pendapatan, rakyat perlu melibatkan diri dalam sektor pertanian padi dan tidak seharusnya bergantung kepada pekerja asing untuk mengusahakan sawah mereka," katanya.

Dr Mahathir berkata jika tanah pertanian itu tidak diusahakan, lebih baik ia dijadikan kawasan kilang kerana mampu menjana pendapatan lebih terutamanya kepada golongan muda.

"Seekar tanah (0.4 hetkar) mungkin hanya dapat memberi makan kepada seorang sahaja tetapi jika seekar tanah itu diubah menjadi kilang, ia dapat memberi makan kepada lebih ramai orang," katanya.

Justeru, beliau berkata kerajaan negeri perlu mempunyai dasar pelaburan yang baik untuk menarik pelaburan ke negeri ini. - BERNAMA

Artikel Lain