suria

Kecoh Lima Objek Perhiasan Di Banglo Lama Disangka Bom

Dua anggota polis dari Pasukan Unit Pemusnah Bom (UPB) membawa keluar lima butir bom, dijumpai di dalam sebuah rumah banglo lama yang dalam proses pengubahsuaian berhampiran Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur, Rabu. -fotoBERNAMA

KUALA LUMPUR: Kekecohan mengenai penemuan lima objek yang disyaki bom di loteng sebuah rumah banglo lama di Jalan Air Molek 2, Titiwangsa di sini, berakhir apabila polis mengesahkan ia hanyalah barang perhiasan.

Terkejut dengan penemuan objek itu ketika mengemas loteng rumahnya yang sedang diubah suai pada kira-kira 10 pagi tadi, pemilik rumah itu seorang wanita berumur 54 tahun kemudian menghubungi polis kira-kira 1 tengah hari.

Sepasukan skuad pengesan bom dihantar ke rumah itu sejurus menerima laporan penemuan itu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah berkata hasil siasatan polis mendapati empat daripada objek itu disahkan unit pemusnah bom sebagai pemberat alat perhiasan yang digantung di siling rumah.

"Satu lagi objek ialah mortar tetapi tidak aktif kerana tiada bahan letupan dan besi pengetuk di bahagian hujungnya juga sudah tiada.

"Tiada sebarang nombor siri ataupun label pada mortar itu dan ia dipercayai digunakan untuk menentukan jarak tembakan," katanya ketika dihubungi Bernama Rabu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul ACP Zakaria Pagan berkata hasil siasatan mendapati objek berkenaan tidak berbahaya.

Ia dipercayai milik arwah bapa pemilik rumah itu, yang merupakan pesara tentera, katanya. - BERNAMA

Artikel Lain