31 Pembeli Asal Kondominium Mas Kiara Gagal Dalam Rayuan - Semasa | mStar

31 Pembeli Asal Kondominium Mas Kiara Gagal Dalam Rayuan

PUTRAJAYA: Seramai 31 pembeli asal unit Kondominium Mas Kiara di Sungai Penchala, Selangor pada Khamis gagal dalam rayuan mereka untuk mendapatkan kembali unit mereka selepas ia dijual semula kepada pembeli lain.

Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan yang dipengerusikan oleh Datuk Clement Allan Skinner sebulat suara menolak permohonan perayu selepas mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi.

Dua lagi hakim dalam panel tersebut ialah Datuk Linton Albert dan Datuk Lim Yee Lan. Mahkamah juga memerintahkan perayu membayar kos guaman RM40,000 kepada pihak responden iaitu Petplus (M) Sdn, Pinggir Kiara Sdn Bhd, Intan Permata Properties Sdn Bhd (IPPSB) dan 20 pembeli baharu unit berkenaan.

Perayu telah membeli berkenaan dengan harga RM170,000 pada 1995 daripada pemaju projek, Pinggir Kiara sebelum projek itu terbengkalai pada 2001.

Bagaimanapun, pada 2004, projek tersebut dipulihkan oleh pemilik tanah, Petplus yang melantik pemaju baharu, IPPSB.

Kemudian pemaju terbaru itu menjual semula unit berkenaan kepada orang lain atas alasan pembayaran yang dibuat kepada pemaju asal tidak sah.

Pada 25 Okt tahun lepas, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan bahawa pembeli asal tidak memenuhi lima syarat antara lain gagal membayar penuh harga unit masing-masing dan 23 daripada 31 pembeli itu tidak mematuhi perjanjian tiga pihak dengan pemaju baharu itu.

Dalam penghakiman 24 muka surat itu, Skinner berkata mahkamah bersetuju dengan dapatan Mahkamah Tinggi bahawa 31 pembeli tersebut gagal memenuhi syarat tersebut yang membolehkan mereka memiliki hak yang lebih berbanding pembeli baharu.

Pembeli asal tersebut mengemukakan saman terhadap Petplus, Pinggir Kiara dan IPPSB pada 11 Mac 2011 selepas syarikat-syarikat berkenaan enggan mengiktiraf hak perayu ke atas unit kondominium berkenaan.

Pihak perayu diwakili peguam Krishna Dallumah, Petplus dan IPPSB oleh Lua Ai Siew, Paul Kwong untuk Pinggir Kiara dan peguam Ahmad Moosdeen mewakili 20 pembeli baharu. - BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

Artikel Lain