132,801 Peminjam PTPTN Disenarai Hitam Setakat 30 September Lepas - Semasa | mStar

132,801 Peminjam PTPTN Disenarai Hitam Setakat 30 September Lepas

KUALA LUMPUR: Seramai 132,801 peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dengan pinjaman berjumlah RM2.11 bilion telah disenarai hitam oleh Jabatan Imigresen sehingga 30 September lepas.

Timbalan Menteri Pendidikan II P. Kamalanathan memberitahu persidangan Dewan Rakyat bahawa sejumlah 1,329,712 peminjam PTPTN perlu membuat bayaran balik pinjaman mereka yang berjumlah RM9.51 bilion sehingga tempoh itu.

"Daripada jumlah itu, seramai 903,920 peminjam atau 68 peratus telah membuat bayaran balik berjumlah RM4.82 bilion.

"Sebanyak RM4.69 bilion lagi merupakan tunggakan oleh seramai 425,792 peminjam yang tidak pernah membuat bayaran balik dan juga tunggakan oleh peminjam yang dibenarkan membayar ansuran lebih rendah daripada ansuran sebenar," katanya ketika menjawab soalan Khalid Abdul Samad (PAS-Shah Alam).

Khalid bertanyakan mengenai jumlah hutang yang perlu dibayar oleh peminjam PTPTN dan jumlah peminjam yang disenarai hitam.

Kamalanathan berkata peminjam yang tidak membuat sebarang pembayaran balik pinjaman selepas 16 bulan daripada tarikh tamat pengajian akan menerima surat makluman daripada PTPTN kepada mereka untuk menyatakan sebab tidak berbuat demikian.

Menjawab soalan tambahan Datuk Jamaluddin Jarjis (BN-Rompin) mengenai peminjam yang masih belum mendapat pekerjaan selepas tamat pengajian selama 16 bulan, Kamalanathan berkata pihak PTPTN sedia mendengar masalah yang dihadapi peminjam yang tidak mampu membuat pembayaran balik pinjaman dalam tempoh yang ditetapkan.

"Bagi peminjam yang tidak mampu membayar, mereka boleh menghantar e-mel kepada PTPTN bagi menyatakan masalah mereka dan PTPTN sedia membantu mereka sama ada mengurangkan ujrah pinjaman ataupun membayar ansuran bulanan dalam jumlah yang rendah," katanya.

Peminjam yang masih belum mendapat sebarang pekerjaan selepas 16 bulan tamat pengajian juga diminta untuk memaklumkannya kepada PTPTN. - BERNAMA

Artikel Sebelum

12 Restoran Makanan Cina Di Menglembu Terbakar

Artikel Berkaitan

Klik

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

Artikel Lain