suria

Pemilihan MIC: Kamalanathan Hanya Tanding Jawatan CWC

P. Kamalanathan
P. Kamalanathan
P. Kamalanathan

PETALING JAYA: Penyelaras Nasional Pergerakan Putera MIC, P. Kamalanathan hanya akan bertanding jawatan ahli jawatankuasa kerja pusat parti (CWC) dalam pemilihan parti yang akan diadakan pada 30 November ini.

Kamalanathan berkata walaupun dia mendapat sokongan daripada ahli diperingkat akar umbi untuk bertanding jawatan lebih tinggi, namun beliau mengambil keputusan untuk bertanding jawatan yang lebih rendah.

"Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia yang diumumkan baru-baru ini merupakan komponen paling kritikal yang akan menentukan kejayaan negara ini pada masa akan datang.

"Ia memerlukan komitmen yang tidak berbelah bahagi daripada dan saya perlu memastikan pelaksanaannya berjalan lancar," katanya pada sidang media di sini, Rabu.

Menafikan beliau menarik diri daripada bertanding jawatan timbalan presiden, Kamalanathan berkata dia hanya akan bertanding jawatan yang lebih tinggi dalam pemilihan parti, pada 2016.

Artikel Sebelum

Artikel Lain