StarProperty.my Muncul Lebih Menarik Lebih Holistik - Semasa | mStar

StarProperty.my Muncul Lebih Menarik Lebih Holistik

Pengurus Besar 'New Media' Star Publications (M) Bhd,  Timothy Hor
Pengurus Besar 'New Media' Star Publications (M) Bhd, Timothy Hor

PETALING JAYA: Portal hartanah StarProperty.my yang kini muncul dengan wajah baru akan membekalkan maklumat yang lebih holistik untuk para pelayar internet dan pelanggan yang berminat untuk mengetahui mengenai projek perumahan dan hartanah terbaru dalam negara.

“Laman web ini telah direkabentuk secara khusus dan spesifik untuk orang ramai mengetahui mengenai perkembangan terbaru hartanah di pasaran serta pelancarannya dan juga untuk para pemaju memasarkan produk mereka," kata Pengurus Besar Media Baru, Star Publications (M) Bhd, Timothy Hor.

Wajah baru portal berkenaan, yang dilancar sempena Pameran Hartanah KL The Star 2013 akan memberi penumpuan khusus kepada pelancaran hartanah baru sementara portal hartanah milik the Star Media Group yang lain seperti Propwall.com, pula akan memberi fokus kepada senarai hartanah jual semula.

“Kami telah memperkenalkan satu platform yang lebih logikal, praktikal, mudah dan lebih fokus agar kami dapat menawarkan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan kami," kata Hor.

“Kepada para pemaju pula kami menawarkan nilai tambah kepada apa yang telah mereka buat. Kami ibarat pusat sehenti untuk semua pemaju yang mahukan produk mereka sampai kepada pelanggan dengan jalan yang cepat, mudah dan tepat," ujarnya lagi.

StarProperty.my akan turut memuat naikkan segala maklumat terkini mengenai pembangunan hartanah di negara ini termasuklah laporan berita dan juga rencana mengenai perkembangan hartanah terkini dalam negara.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Stesen TV Punca Lahirnya Artis 'Keledek Basi'

Artikel Berkaitan