suria

Laskar Udara Mati Lemas Ketika Mandi Bersama Rakan di Hulu Besut

Anggota polis dan petugas biik mayat Hospital Besut sedang menolak mayat mangsa lemas, Mohamad Farid Kamaruddin, 23 yang berasal dari Cheras, Kuala Lumpur itu untuk dibedah siasat di Bilik Mayat hospital berkenaan sebaik sahaja di jumpai. Dalam kejadian itu Mohamad Farid dari Bahagian Operasi, Pangkalan Udara Gong Kedak di sini bersama empat rakan sejawatnya sedang menghabiskan cuti dengan mandi-manda di Hutan Lipur Air Terjun, Lata Tembakah, Hulu Besut sebelum lemas.-Foto BERNAMA
Anggota polis dan petugas biik mayat Hospital Besut sedang menolak mayat mangsa lemas, Mohamad Farid Kamaruddin, 23 yang berasal dari Cheras, Kuala Lumpur itu untuk dibedah siasat di Bilik Mayat hospital berkenaan sebaik sahaja di jumpai.
Dalam kejadian itu Mohamad Farid dari Bahagian Operasi, Pangkalan Udara Gong Kedak di sini bersama empat rakan sejawatnya sedang menghabiskan cuti dengan mandi-manda di Hutan Lipur Air Terjun, Lata Tembakah, Hulu Besut sebelum lemas.-Foto BERNAMA
Anggota polis dan petugas biik mayat Hospital Besut sedang menolak mayat mangsa lemas, Mohamad Farid Kamaruddin, 23 yang berasal dari Cheras, Kuala Lumpur itu untuk dibedah siasat di Bilik Mayat hospital berkenaan sebaik sahaja di jumpai. Dalam kejadian itu Mohamad Farid dari Bahagian Operasi, Pangkalan Udara Gong Kedak di sini bersama empat rakan sejawatnya sedang menghabiskan cuti dengan mandi-manda di Hutan Lipur Air Terjun, Lata Tembakah, Hulu Besut sebelum lemas.-Foto BERNAMA

BESUT: Kegembiraan lima laskar udara yang merupakan rakan karib dari Pangkalan Udara Gong Kedak di sini menghabiskan cuti di kawasan Hutan Lipur Air Terjun, Lata Tembakah, Hulu Besut bertukar tragedi apabila seorang daripada mereka mati lemas.

Mangsa dikenali sebagai Mohd Farid Kamaruddin, 23, dari Cawangan Operasi, berasal dari Cheras, Kuala Lumpur.

Ketua Polis Daerah Besut Supritendan Kamaruddin Mohd Zakaria berkata dalam kejadian kira-kira 5.15 petang itu, Mohd Farid yang tidak tahu berenang tiba-tiba tenggelam-timbul sebelum tenggelam.

"Rakan-rakannya cuba mencarinya tetapi gagal dan terus membuat laporan kepada pangkalan bagi mendapatkan bantuan", katanya kepada pemberita di sini, Selasa.

Mayat mangsa dijumpai pasukan mencari dan menyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat di dasar tempat dia hilang sedalam kira-kira 3 meter pada kira-kira 6.30 petang, katanya.

Mayatnya dihantar ke Hopsital Daerah Besut untuk bedah siasat, katanya. -BERNAMA

Artikel Lain