suria

DBKL Tidak Roboh Kuil Sri Muneswarar Kaliyaman - Palanivel

KUALA LUMPUR: Presiden MIC Datuk Seri G.Palanivel berkata tindakan perobohan yang dilakukan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di Kuil Sri Muneswarar Kaliyaman tidak boleh dianggap sebagai merobohkan kuil itu.

Ini kerana katanya kerja-kerja meroboh hanya membabitkan gerai dan bahagian sisi kuil.

"Saya terima macam-macam laporan bahawa kuil itu dirobohkan. Akan tetapi hanya gerai dan bahagian tepi sahaja yang dirobohkan. Bangunan kuil itu sendiri tidak diusik," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan mengenai Perhutanan dan Penyelidikan Produk Hutan 2013, Isnin.

Palanivel yang juga Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar diminta mengulas mengenai laporan media bahawa kuil yang terletak berdekatan Jalan P Ramlee di sini itu dirobohkan pagi Ahad

Kuil Sri Muneswarar Kaliyaman itu dibina pada 1911.-BERNAMA

Artikel Lain