Polis Buru 'Joemar', Rakan Suspek Utama Tembak Pegawai Bank - Semasa | mStar

Polis Buru 'Joemar', Rakan Suspek Utama Tembak Pegawai Bank

KUALA LUMPUR: Susulan penangkapan suspek utama dalam kes rompakan dan bunuh di Ambank cawangan Subang Jaya, polis kini memburu rakan jenayahnya dikenali sebagai 'Joemar' yang disyaki menyimpan sebahagian besar hasil rompakan itu.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata Joemar yang dipercayai warga Indonesia juga bersubahat merancang rompakan dengan suspek utama.

"Joemar bukan pengawal keselamatan dan dia diburu bagi mengesan semula wang rompakan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Pencegahan Jenayah dari Perspektif Islam, di Maktab Polis Diraja Malaysia, Isnin.

Khalid juga berkata polis sudah mengenali identiti sebenar suspek utama itu dan mengesahkan lelaki berusia 35 tahun tersebut berasal dari Sulawesi, Indonesia.

Suspek sebelum ini menggunakan nama dan kad pengenalan palsu untuk bekerja sebagai pengawal keselamatan dengan sebuah syarikat kawalan keselamatan di ibu negara.

Lelaki itu diberkas oleh polis kira-kira pukul 7 pagi Ahad di Kampung Belungkor, Kota Tinggi, Johor selepas diburu sejak 23 Okt lalu.

Mengulas tangkapan lelaki itu, Khalid berkata polis tidak menemui wang rompakan pada suspek.

"Ini bermakna, kita hanya menemui hasil rompakan berjumlah RM20,000 yang ditemui bersama tiga ahli keluarga suspek sebelum ini. Kita juga sedang mengesan senjata api yang digunakan suspek dalam kejadian itu," katanya.

Hasil siasatan awal, suspek mengaku menggunakan kad pengenalan palsu yang dibeli daripada seorang lelaki Indonesia di Malaysia, katanya.

"Kita juga sedang menjalankan siasatan berhubung penjualan kad pengenalan palsu ini termasuk harga yang ditawarkan walaupun kad pengenalan palsu ini tidak boleh diakses oleh peranti biometrik," katanya.

Sehingga malam Isnin, polis menahan 12 orang termasuk suspek utama berhubung kes itu.

Dalam kejadian rompakan itu, Norazita Abu Talib, 37, maut ditembak oleh suspek ketika mangsa membuka peti besi di dalam bilik kebal bank tersebut. Mangsa yang berkerja 16 tahun dengan bank itu, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala setelah ditembak dengan 'pump gun' oleh suspek yang kemudiannya melarikan diri dengan hasil rompakan berjumlah RM450,000.

Dalam perkembangan lain, Khalid berkata Bangsar antara kawasan yang dikenal pasti akan dipasang dengan kamera litar tertutup (CCTV) dan peruntukan telah disediakan dalam Bajet 2014.

"Ini memandangkan Bangsar ketika ini merupakan kawasan tumpuan dan penjenayah memang mengambil kesempatan di kawasan seperti ini dan kita turut meningkatkan kehadiran polis di kawasan ini," katanya.-BERNAMA

Artikel Sebelum

Pensyarah, Dua Pelajar UTAR Sesat Ditemui

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

Artikel Lain

Gempar juruterbang kesan UFO bentuk cerut