suria

Jenazah Pegawai Jaip Yang Ditembak Selamat Dikebumikan

Mohd Raffli Abdul Malik
Mohd Raffli Abdul Malik
Mohd Raffli Abdul Malik

KUANTAN: Jenazah Ketua Pegawai Penguat Kuasa Agama, Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip), Allahyarham Mohd Raffli Abdul Malik yang mati ditembak semalam, selamat dikebumikan pada Isnin.

Lebih 500 anggota keluarga, saudara-mara serta rakan Allahyarham berada di tanah perkuburan Jalan Bukit Ubi di sini ketika jenazah dikebumikan pada pukul 10.20 pagi Isnin.

Terdahulu jenazah dimandikan dan disembahyangkan di Masjid Tengku Ampuan Afzan di Indera Mahkota.

Mohd Raffli, 49, maut selepas ditembak tiga das oleh seorang daripada tiga suspek yang datang berjumpanya tengah hari semalam di kediamannya di Indera Mahkota 2 di sini.

Suspek kemudian melarikan diri menaiki kereta jenis Proton Wira Aeroback warna putih.

Polis mengesahkan kes bermotifkan bunuh.-BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain