suria

Heng Dapat Sokongan Tanding Jawatan Tertinggi Wanita MCA Disember Ini

Heng dijulang oleh penyokongnya untuk bertanding jawatan tertinggi Wanita MCA pada Disember ini. Foto SAIFUL BAHRI/The Star
Heng dijulang oleh penyokongnya untuk bertanding jawatan tertinggi Wanita MCA pada Disember ini. Foto SAIFUL BAHRI/The Star
Heng dijulang oleh penyokongnya untuk bertanding jawatan tertinggi Wanita MCA pada Disember ini. Foto SAIFUL BAHRI/The Star

IPOH: Datuk Heng Seai Kie menerima sokongan daripada Wanita MCA Bahagian Perak untuk merebut jawatan tertinggi sayap itu pada pemilihan peringkat pusat Disember ini.

Heng, 50, mempertahankan jawatan Ketua Wanita MCA Perak tanpa dicabar ketika proses pencalonan Isnin lalu.

Perwakilan dari 24 bahagian di negeri itu meluluskan resolusi sebulat suara terhadap Heng supaya beliau bertanding jawatan tertinggi pada perhimpunan agung tahunan parti itu di sini, Ahad.

Heng, penyandang Naib Presiden Wanita MCA Pusat berkata, beliau akan mengumumkan rancangan untuk pemilihan pada Disember ini pada masa yang sesuai.

Sementara itu, Ooi Saw Choo mengekalkan jawatan Ketua Wanita MCA Wilayah Persekutuan dengan majoriti undi 29.

Ooi memperoleh 120 undi mengatasi pencabarnya, Chai Yat Chiew yang mendapat 91 undi.

Di Johor, peguam Wong You Fong memenangi jawatan ketua MCA negeri itu dengan memperoleh majoriti undi 363.

Beliau meraih 481 undi manakala lawannya,Yap Swee Hua got sekadar mendapat 118 undi.

Di Selangor, Ong Chong Swen sah bergelar Ketua Wanita MCA negeri itu yang baharu.

Beliau memperoleh 357 undi, menewaskan Ng Siok Hwa yang mendapat 332 undi.

Penyandang Ketua Wanita Selangor, Chew Lee Giok yang baru saja pulih daripada penyakit strok tewas kepada Lim Ah Yew dalam saingan merebut jawatan Timbalan Pengerusi.

Keputusan bagi jawatan Ketua Wanita MCA Pulau Pinang akan diumumkan malam ini.

Penyandang jawatan itu, Tan Cheng Liang dicabar peguam Ooi Siew Kim dalam pertembungan satu lawan satu.

Artikel Sebelum

Artikel Lain