suria

Tutor & Dua Pelajar UTAR Hilang Ketika Mendaki Berjaya Ditemui

KAMPAR: Pasukan mencari dan menyelamat sudah berjaya tiba ke lokasi seorang pensyarah dan dua pelajar Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) dilaporkan sesat di Batu Berangkai dekat sini.

Jurucakap polis berkata, semua mangsa ditemui dalam keadaan keletihan tengah hari Ahad.

Katanya, pasukan keselamatan sedang berusaha membawa mangsa turun yang dijangka mengambil masa lebih sejam.

Artikel Lain