Operasi Buru Pengawal Keselamatan Tembak Mati Pegawai Bank Berakhir - Pengarah JSJ - Semasa | mStar

Operasi Buru Pengawal Keselamatan Tembak Mati Pegawai Bank Berakhir - Pengarah JSJ

Hadi Ho Abdullah
Hadi Ho Abdullah

PETALING JAYA: Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Komisioner Datuk Hadi Ho Abdullah mengesahkan penahanan suspek utama kes tembak mati seorang pengawai operasi Ambank di Subang Jaya bulan lalu.

Beliau berkata suspek ditahan pada pukul 7 pagi Ahad di Kampung Belungkor, Kota Tinggi, Johor.

"Pasukan Ops Cantas Khas berjaya menahan suspek di Johor.

"Dengan penahanan ini operasi memburu suspek selama tiga minggu telah pun berakhir," kata Hadi kepada The Star Online pada pagi Ahad.

Hadi berkata polis kini sedang menyiasat sama ada suspek bersembunyi di kampung berkenaan atau pun dia sedang bersiap sedia untuk melarikan diri ke Indonesia.

"Kita sangat berterima kasih dengan kerjasama daripada orang ramai dan keprihatinan mereka dalam kes ini.

"Hingga suspek utama kes menembak mati seorang pegawai bank dan rompakan ini berjaya ditahan," katanya.

Pada 23 Oktober lalu, pegawai operasi sebuah bank Norazita Abu Talib ditembak mati dengan 'pump gun' sebaik sahaja mangsa membuka pintu bilik kebal bank berkenaan di Jalan USJ Sentral 2.

Supek kemudiannya melarikan diri bersama wang berjumlah RM450,000 dengan menaiki motosikal.

Polis telah menahan tujuh individu termasuk rakan serta saudara pengawal keselamatan bekenaan.

Terdahulu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar turut merakamkan ucapan tahniah atas kejayaan pihak polis memberkas suspek.

"Kita harap orang ramai dapat berkerjasama dengan pihak polis dalam membanteras jenayah," katanya di laman twitter beliau.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

Artikel Lain