Ketua Penolong Pengarah Penguatkuasa JAIP Maut Ditembak Depan Rumah - Semasa | mStar

Ketua Penolong Pengarah Penguatkuasa JAIP Maut Ditembak Depan Rumah

KUANTAN: Ketua Penolong Pengarah Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), Ahmad Rafli Abdul Malek maut ditembak tiga lelaki di hadapan rumahnya di Indera Mahkota 2, di sini, kira-kira pukul 2.30 petang Ahad.

Timbalan Ketua Polis Daerah, Superintendan Abdul Aziz Ahmad, berkata mangsa dipercayai ditembak tiga das dari jarak dekat oleh sekumpulan lelaki yang datang menaiki kereta Wira Aeroback berwarna putih.

Mangsa mati di tempat kejadian dan seorang daripada penjenayah dikatakan memakai jubah hitam.

"Tiga suspek lelaki dipercayai terbabit dalam kejadian itu," katanya.

"Suspek juga dipercayai memakai pakaian berwarna hitam dan berkopiah," katanya.

Beliau berkata polis masih menyiasat kes itu.

- BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Khairy Menang Cabaran 100 Meter Di Tiger Run

Artikel Berkaitan

Artikel Lain