suria

Ting Dipilih Ketua Pemuda MCA Perak

TAHNIAH...Ting meraikan kejayaan bersama para penyokongnya pada Konvensyen dan Pemilihan Sayap Pemuda MCA Perak di Ipoh pada Sabtu. - FotoBERNAMA

IPOH: Ketua Pemuda MCA Bahagian Lumut Ting Tai Fook dipilih sebagai Ketua Pemuda MCA Perak yang baharu dalam pemilihan sayap parti itu pada Konvensyen Pemuda MCA negeri, Sabtu.

Setiausaha MCA Perak Datuk Tan Chin Meng ketika mengumumkan keputusan itu berkata Ting memperoleh 202 undi untuk menewaskan Ketua Pemuda MCA Bahagian Ipoh Timur Dr Liew Mun Hon yang meraih 156 undi.

Jawatan Naib Ketua Pemuda negeri dimenangi Ketua Pemuda MCA Bahagian Taiping Lee Haw Chen yang menewaskan Ketua Pemuda MCA Bahagian Batu Gajah Wong Kam Seng.

Penyandang Ketua Pemuda negeri Datuk Dr Mah Hang Soon tidak mempertahankan jawatannya itu pada pemilihan kali ini.

Seramai 359 daripada 828 perwakilan hadir pada persidangan, Sabtu.

Ketika ditemui pemberita selepas pengumuman itu, Ting berkata Pemuda MCA Perak akan terus melakukan pembaharuan termasuk menunjukkan imej yang lebih baik bagi menambat hati masyarakat Cina khususnya golongan muda.

Katanya Pemuda akan terus memperkukuhkan perpaduan di kalangan anggota parti bagi mencapai matlamat tersebut sekali gus membantu Barisan Nasional (BN) memenangi pilihan raya umum akan datang.

"Kita yakin Pemuda MCA dapat melakukan pembaharuan yang lebih baik bagi mencerminkan imej yang baik kepada masyarakat," katanya. - BERNAMA

Artikel Lain