suria

Polis Edar Gambar Suspek Culik Freddie

Ku menunjukkan gambar suspek kes culik Freddie pada sidang media petang Sabtu.
Ku menunjukkan gambar suspek kes culik Freddie pada sidang media petang Sabtu.
Ku menunjukkan gambar suspek kes culik Freddie pada sidang media petang Sabtu.

KUALA LUMPUR: Polis telah mengedarkan gambar seorang lelaki yang dipercayai suspek dalam kes penculikan seorang bayi warga Britain berusia 20 bulan, Freddie Joseph di Bangsar, Jumaat lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, suspek dipercayai berusia lingkungan 30-an berkulit cerah dan mempunyai ketinggian 168cm.

Beliau mengesahkan Freddie ditemui selamat di Taman Tasik Titiwangsa pada Sabtu dan diserahkan kepada ibunya.

Ku berkata, bayi tersebut ditemui kira-kira pukul 1.20 petang oleh seorang pesara.

"Lelaki itu kemudiannya menghubungi polis. Kami membawa bayi itu ke balai polis Jalan Tun Razak dan menghubungi ibunya," kata Ku pada sidang media, petang Sabtu.

Ku berkata bayi lelaki itu tidak kelihatan takut atau menangis kerana lapar ketika ditemui.

Artikel Lain