suria

Pendapatan Berkurangan Apabila Kapal Tentera Laut AS Tidak Lagi Berlabuh di Port Klang

Kapal tentera laut Amerika Syarikat tidak lagi melakukan persinggahan di Port Klang Crusie Centre kerana Amerika Syarikat telah menggantung kontrak mereka dengan Glenn Defense Marine Asia.
Kapal tentera laut Amerika Syarikat tidak lagi melakukan persinggahan di Port Klang Crusie Centre kerana Amerika Syarikat telah menggantung kontrak mereka dengan Glenn Defense Marine Asia.
Kapal tentera laut Amerika Syarikat tidak lagi melakukan persinggahan di Port Klang Crusie Centre kerana Amerika Syarikat telah menggantung kontrak mereka dengan Glenn Defense Marine Asia.

KUALA LUMPUR: Ekonomi Malaysia mengalami kerugian jutaan ringgit apabila kapal Tentera Laut Amerika Syarikat (AS) tidak lagi melakukan persinggahan di Port Klang Cruise Centre yang dimiliki oleh Glenn Defense Marine Asia.

Amerika Syarikat telah menggantung kontrak mereka dengan syarikat berkenaan pada 20 September lalu selepas pemiliknya yang merupakan rakyat Malaysia, Leonard Glenn Francis, ditahan kerana menipu kontrak bernilai jutaan dolar dengan Pentangon serta merasuah pegawai tentera laut AS.

Setiausaha Tentera Laut AS, Ray Mabus telah mengumumkan penggantungan berkenaan hanya akan berakhir selepas siasatan selesai dijalankan, namun ia tidak melebihi tempoh 18 bulan melainkan prosedur undang-undang terlah bermula, menurut laporan Associated Press.

Kapal tentera laut AS dijangka akan membuat persinggahan mereka di pelabuhan Singapura.

Kapal induk pesawat udara Amerika Syarikat (AS) USS George Washington pernah melakukan persinggahan sulung di pelabuhan berkenaan pada Oktober tahun lalu.

Tentera laut AS mempunyai pilihan untuk berlabuh di Westport, North Port atau South Port di Klang namun mereka memilih untuk tidak melakukan persinggahan di sana kernaa terdapat banyak kapal komersil di kawasan berkenaan.

Pusat persiaran berkenaan itu juga terletak di kawasan yang agak terpencil.

Jumlah kapal perang AS yang melakukan persinggahan di pelabuhan Malaysia meningkat daripada 'tiga setiap tahun pada 2003 kepada 50' kini, menurut majalah bisnes Forbes di laman web mereka.

Tahun lalu, kapal tentera laut AS membuat persinggahan di pusat persiaran berkenaan termasuk dua kapal induk pesawat serta beberapa kapal pemusnah sementara anak kapal mereka berpeluang berehat dan menikmati keindahan bandar raya Kuala Lumpur dan kawasan berhampiran.

Sebuah kapal pengangkut membawa anak kapal seramai 5,000.

Setiap individu berbelanja kira0kira AS$100 (RM330), dan ekonomi tempatan akan mendapat pulangan sekitar AS$500,000 (RM1.65 juta) bagi setiap lawatan.

Sama juga bagi sebuah kapal pemusnah mereka mempunyai 280 anak kapal sementara sebuah kapal perang mempunyai kira-kira 400 pegawai.

Berdasarkan angka tersebut sahaja, anggaran secara kasar wang yang dibelanjakan daripada anak kapal tentera AS du negara ini ialah RM3.9mil juta.

Ia mungkin mencatatkan jumlah yang lebih besar kerana kebanyakan pelaut selalunya membelanjakan wang mereka untuk berjalan-jalan, membeli-belah cendera hati, hiburan, makanan serta penginapan hotel.

Francis, 49, yang lebih dikenali sebagai Si Gemuk Leonard didakwa di San Diego bersama-sama dua komander tentera laut AS, kerana terlibat dengan skandal pelacuran, persembahan Lady Gaga, pelancongan mewah, serta kontrak kerajaan bernilai jutaan dolar.

Sementara itu, laporan CAVINA LIM dari George Town mendakwa keluarga Francis merupakan pelopor dalam industri keselamatan - terutamanya dalam membekalkan pegawal keselamatan bagi kapal di Pelabuhan Pulau Pinang.

Menurut seorang pakar runding pengurusan risiko yang enggan dikenali, syarikat Glenn Security - yang terletak di Bishop Street di sini telah dimulakan oleh ayah Francis pada awal tahun 1960.

"Syarikat ini wujud beberapa tahun lamanya sebelum keluarga mereka memulakan perniagaan dalam bidang perkapalan. Sudah pasti, ia sebelum dia (Francis) dipenjara kerana memiliki senjata api (pada 1989)," katanya.

Pakar runding berkenaan berkata, pada ketika itu kapal perang asing dan pelbagai kapal lain akan singgah di pelabuhan itu untk mendapatkan bekalan seperti beras, gula dan minyak.

"Pulau Pinang sangat terkenal kerana terdapat ramai lanun yang akan menyeludup masuk ke pelabuhan dan mencuri barang pada waktu malam daripada dok kapal di sana.

"Termasuk juga. mencuri bekas keluli yang belum digunakan pada awal 1960-an dan barang-barang ini disimpan dalam tong juga mudah terjatuh atau pecah ketika proses memuatkan atau menurunkan barang," katanya.

Artikel Lain