suria

Penculikan Bayi Freddie: Butang Hitam Ditemui Di Tempat Kejadian

Beberapa anggota polis berkawal di sepanjang Jalan Terasek 7 bagi melindungi bahan bukti berupa satu butang berwarna hitam di bawah kerusi berwarna merah. Bahan bukti berkenaan dijangka akan diambil oleh pasukan forensik dalam masa terdekat.

BANGSAR: Polis telah ditempatkan di sepanjang Jalan Terasek 7, lokasi di mana seorang bayi berusia 20 bulan Freddie diculik daripada ibunya yang merupakan warga Britain pada Jumaat bagi melindungi bahan bukti berupa satu butang berwarna hitam, yang akan dikutip oleh pasukan forensik tidak lama lagi.

Suasana suram menyelebungi rumah ibu mangsa Sarah Joseph, 39, yang dilihat banyak menghabiskan masa dengan duduk dihadapan pintu rumahnya sejak awal pagi Sabtu sambil memegang beberapa helain baju dipercayai milik anaknya.

Keluarga mangsa menggesa para pemberita tidak menggangu mereka pada ketika ini.

Artikel Lain