suria

Dua Beradik Dikhuatiri Lemas Di Sungai Semantan

KUANTAN: Dua adik dikhuatiri lemas selepas mandi di Sungai Semantan dekat Temerloh, Sabtu.

Menurut Ketua Polis Daerah Temerloh ACP Aziz Salleh, S.Siravani, 11 dan adik perempuannya S.Zulkadevi, 10, dipercayai lemas ketika mandi di sungai berkenaan pada kira-kira 2.30 petang Sabtu.

"Orang awam yang melihat kejadian itu memaklumkan kepada pihak polis," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Beliau berkata ketika ini, operasi mencari dan menyelamat kedua-dua mangsa sedang dijalankan polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) Mentakab.

"Sehingga pukul 5 petang ini, kedua-dua mangsa masih belum ditemui," katanya. - BERNAMA

Artikel Lain