suria

Taufan Haiyan Landa Filipina: Kapal Dinasihat Menjauhi Pantai Timur Sabah

PETALING JAYA: Kapal-kapal dinasihati belayar menjauhi kawasan laut berhampiran pantai timur Sabah hingga Selasa depan, selepas taufan Haiyan melanda Filipina awal pagi Jumaat.

Pengarah Pusat Ramalan Cuaca, Jabatan Meteorologi, Muhammad Helmi Abdullah berkata Haiyan merupakan salah satu taufan terkuat dicatatkan dalam sejarah dan sangat berbahaya kepada kapal dan feri.

"Nasihat kami kepada kapal dan feri supaya menjauhi aktiviti di kawasan pantai timur Sabah.

"Kapal besar mungkin boleh berhadapan dengan situasi angin kencang dan laut bergelora," katanya kepada The Star.

Bagaiamanapun, beliau berkata adalah sangat bahaya bagi kapal yang menghala ke arah utara Zon Ekonomi Ekslusif (ZEE) buat masa ini, hal ini kerana taufan Haiyan dijangka melanda ke arah barat Vietnam.

Muhammad berkata kesan daripada taufan berkenaan lebih bahaya daripada apa yang berlaku di kawasan Filipina.

Laporan Reuters, melaporkan taufan Haiyan yang melanda kepulaun tengah Filipina pada awal pagi Jumaat dengan kelajuan angin hingga 315 kilometer sejam dan ombak setinggi 5 meter.

Perkhidmatan feri, penerbangan dan aktiviti menangkap ikan turut digantung dengan ribuan penduduk terpaksa dipindahkan.

Sementara itu, laman web MetMalaysia melaporkan taufan Haifan berada kira-kira 938 kilometer daripada Sandakan.

Ia melaporkan bahawa kelajuan angin 50 hingga 60 kilometer sejam dengan ombak setinggi 4.5 meter dijangka membadai kawasan pantai barat SAbah, Kudat, Sandakan dan Labuan.

"Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini sangat berbahaya kepada semua kapal dan sebarang aktiviti laut termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri," kata MetMalaysia.

Ia turut meningkatkan amaran ribut daripada 'Kategori Pertama' (berbahaya kepada bot kecil) kepada 'Kategori Kedua'.

Artikel Lain