suria

Polis Tahan Wanita Indonesia, Rampas Syabu Bernilai RM360,000

Ketua Polis Daerah Barat Daya Supt Mohd Hatta Mohd Zain (kiri) menunjukkan dadah jenis syabu dibungkus dengan beberapa lapisan plastik berwarna hitam yang dirampas di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang ketika mengadakan sidang media di Butterworth pada Jumaat. Dadah seberat 1.7 kilogram bernilai RM360,000 diseludup seorang wanita warga Indonesia, dipercayai diperoleh dari Guang Zhou, China untuk diedar ke negeri ini. --fotoBERNAMA
Ketua Polis Daerah Barat Daya Supt Mohd Hatta Mohd Zain (kiri) menunjukkan dadah jenis syabu dibungkus dengan beberapa lapisan plastik berwarna hitam yang dirampas di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang ketika mengadakan sidang media di Butterworth pada Jumaat. Dadah seberat 1.7 kilogram bernilai RM360,000 diseludup seorang wanita warga Indonesia, dipercayai diperoleh dari Guang Zhou, China untuk diedar ke negeri ini.
--fotoBERNAMA
Ketua Polis Daerah Barat Daya Supt Mohd Hatta Mohd Zain (kiri) menunjukkan dadah jenis syabu dibungkus dengan beberapa lapisan plastik berwarna hitam yang dirampas di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang ketika mengadakan sidang media di Butterworth pada Jumaat. Dadah seberat 1.7 kilogram bernilai RM360,000 diseludup seorang wanita warga Indonesia, dipercayai diperoleh dari Guang Zhou, China untuk diedar ke negeri ini. --fotoBERNAMA

BALIK PULAU: Polis menahan seorang wanita warga Indonesia dan merampas 1.7kg syabu bernilai RM360,000 yang disorok di dalam bagasinya di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang di sini, Rabu lepas.

Ketua Polis Daerah Barat Daya Mohd Hatta Mohd Zain berkata suspek berusia 38 tahun itu ditahan pada 7.40 malam di balai ketibaan setelah pasukan keselamatan lapangan terbang curiga dengan bagasinya. "Setelah diperiksa kita dapati beg yang berisi pakaian itu telah diubah suai dan dadah yang dibungkus beberapa lapisan plastik hitam berkenaan diletak dalam keadaan tersembunyi," katanya dalam sidang media di sini, Jumaat.

Beliau berkata polis turut menemui sejumlah mata wang asing iaitu Vietnam, Indonesia, Hong Kong dan China dianggarkan bernilai RM830.

Katanya menurut rekod perjalanan wanita itu, dia didapati menaiki penerbangan terus dari Indonesia ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur sebelum transit di Hong Hong Kong untuk ke Guang Zhou, China dipercayai untuk mengambil bekalan dadah berkenaan.

"Dia kemudiannya ke Hong Kong semula dan mengambil penerbangan terus ke Pulau Pinang untuk mengedar dadah itu ke sekitar negeri ini," katanya.

Mohd Hatta berkata polis percaya wanita yang telah berkahwin dan mempunyai seorang anak lelaki berusia 16 tahun itu baru melibatkan diri dalam kegiatan haram berkenaan.

Beliau berkata modus operandi yang digunakan sindiket pengedaran antarabangsa terbabit, menggunakan laluan perjalanan yang berbeza termasuk menukar lauan darat dan udara mengikut keperluan semasa bagi mengelakkan kegiatan mereka dikesan.

Katanya wanita itu ditahan reman sehingga 13 November untuk siasatan. -BERNAMA

Artikel Lain