Calon SPM Duduki Kertas Bahasa Inggeris Di Penjara - Semasa | mStar

Calon SPM Duduki Kertas Bahasa Inggeris Di Penjara

KOTA BARU: Seorang calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) terpaksa menduduki peperiksaannya di Penjara Pengkalan Chepa di sini, kerana menjalani perintah tahanan reman berkaitan kes peras ugut bersenjata.

Gadis yang dikenali sebagai Nur itu menyifatkan pengalamannya menduduki peperiksaan tersebut di penjara sebagai satu mimpi ngeri yang tidak pernah diduga akan terjadi ke atas dirinya.

"Saya tidak menyangka pergaduhan adik-beradik boleh membawa saya ke sini," katanya kepada pemberita pada Khamis.

Nur, 18, berkata dia hanya mengambil kertas Bahasa Inggeris dalam peperiksaan kali ini bagi memperbaiki keputusan SPM yang diambilnya tahun lalu.

"Saya mendapat gred D bagi kertas Bahasa Inggeris dan mahu memperbaiki keputusan itu kerana saya bercita-cita mahu melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan," katanya yang mencatat keputusan 5A, 3B dan 1D dalam SPM tahun lepas.

Anak keenam daripada lapan beradik yang berasal dari Pasir Puteh itu ditahan reman sejak 24 Oktober lepas bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan iaitu melakukan ugutan bersenjata.

Nur yang pernah menolak tawaran melanjutkan pengajian peringkat diploma dalam pengurusan ladang di Universiti Teknologi Mara, berkata dia belajar sendiri sebagai persediaan menghadapi peperiksaan itu.

"Fokus saya dalam peperiksaan ini agak terganggu dan berasa tidak yakin untuk menjawab soalan peperiksaan kerana terlalu memikirkan keadaan sekarang," katanya.

Gadis ini bagaimanapun tidak patah semangat dan berharap dapat merealisasikan cita-citanya untuk menjadi doktor pakar mata dan telinga.

Abang dan kakak saya juga doktor, dan mereka menjadi penyuntik semangat, katanya.

Sementara itu, Timbalan Pengarah Jabatan Penjara Kelantan Wan Sani Abd Latiff berkata calon tersebut mempunyai semangat yang tinggi sekalipun berada di penjara serta tekun melakukan ulang kaji sebelum peperiksaannya hari ini.

"Selama dia berada di sini dia tidak membuat masalah, Kita bantu dia dari segi penyediaan bahan bacaan untuk dia menghadapi peperiksaan hari ini," katanya.

Menurutnya pihak penjara juga mengasingkan calon yang bakal menduduki peperiksaan bagi memastikan mereka boleh memberi tumpuan kepada ulang kaji pelajaran.

"Keseluruhannya terdapat 20 calon yang mengambil peperiksaan pada tahun ini iaitu Penilaian Menengah Rendah dan SPM namun 19 daripadanya telah dipindahkan ke Sekolah Integriti di Bentong bagi banduan wanita dan Sekolah Integriti Marang, Terengganu bagi banduan lelaki," katanya. - BERNAMA

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

Artikel Lain