Sistem PBSS Akan Ditambah Baik - Idris Jusoh - Semasa | mStar

Sistem PBSS Akan Ditambah Baik - Idris Jusoh

KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan akan melaksanakan penambahbaikan terhadap sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBSS) yang didakwa membebankan guru ekoran sering tergendala menyebabkan data pelajar terpaksa dimasukkan pada lewat malam.

Menteri Pendidikan Kedua Datuk Seri Idris Jusoh berkata pihaknya prihatin dengan masalah yang dihadapi guru dalam melaksanakan PBSS dan memberi jaminan golongan pendidik akan dapat menikmati sistem yang lebih baik pada sesi persekolahan baharu Januari 2014.

"Mungkin dalam keghairahan kita melaksanakan PBSS, kita telah mempunyai terlalu banyak sistem yang mungkin menyebabkan berlakunya masalah. Oleh itu kita akan pastikan semua integrasi sistem dilaksanakan pada tahun hadapan," katanya dalam sidang media selepas merasmikan Persidangan dan Ekspo Ciptaan Institusi Pengajian Tinggi Antarabangsa (Pecipta) 2013 di sini Khamis.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Prof Madya Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff mengenai kelemahan sistem berkenaan sehingga menyebabkan berlaku kesukaran kepada guru untuk memasukkan data dan mengemaskini rekod pelajar.

Mengulas mengenai Pecipta 2013, Idris melahirkan rasa kagum dengan keupayaan penuntut Institusi Pengajian Tinggi (IPT) tempatan menggunakan pemikiran kreatif dalam bidang penyelidikan dan pembangunan sehingga menarik perhatian sektor industri untuk mengkormersialkan produk yang dihasilkan.

"Keupayaan golongan muda dalam bidang inovasi menunjukkan Malaysia berada dalam landasan tepat untuk menuju ke arah negara maju 2020 dan persidangan seperti ini membolehkan jaringan profesional antara IPT dan bidang industri terjalin.

"Kita juga berharap budaya penciptaan dan inovasi akan menjadi budaya di kalangan penuntut tempatan untuk mengangkat martabat IPT negara ke tahap global," katanya.

Pecipta 2013 yang bertemakan 'Transformasi Penyelidikan dan Inovasi ke arah Pengkormesialan' itu dianjurkan buat kali ketujuh dan kali ini ia dianjurkan bersama Universiti Utara Malaysia (UUM) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).

Sebanyak 493 produk diketengahkan melibatkan 23 penyertaan dari Institusi Pengajiann Tinggi (IPT) awam dan swasta, 23 sekolah dan IPT dari Taiwan, Korea, Mesir, Turki, Indonesia, Qatar dan Thailand.

Antara penyelidikan yang dipamerkan ialah Tokotrienols, iaitu sejenis vitamin E diekstrak daripada minyak kelapa sawit yang dapat mengurangkan risiko penyakit tulang rapuh oleh kumpulan penyelidik daripada Fakulti Perubatan UKM yang diketuai Timbalan Dekan (Penyelidikan dan Inovasi) Prof Dr Ima Nirwana Soelaiman.

Penyelidikan itu dijalankan selama 14 tahun dan telah mendapat beberapa pengiktirafan antarabangsa termasuk Gold Medal with merit pada 34th International Exhibition and Inventions, New Techniques and Products di Geneva pada 2006 dan Gold Medal pada Invention and New Products Exposition di Pennysylavania, Amerika Syarikat pada 2008. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Sistem Majoriti Mudah Terbaik Untuk Malaysia

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

Artikel Lain

BN, PAS bentuk kerajaan baharu di Johor

Agong cari penyelesaian terbaik