suria

Permohonan PR1MA Akan Dibuka Kepada Mereka Yang Sudah Memiliki Rumah

KUALA LUMPUR: Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) akan membuka permohonan kepada mereka yang sudah memiliki rumah tetapi mahukan rumah kedua di ibu negara.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim berkata peluasan syarat permohonan itu dijangka akan meningkatkan permohonan pemilihan rumah PR1MA yang dibuat atas talian daripada 250,000 kepada satu juta permohonan.

Beliau berkata permohonan akan dibuka terutama kepada golongan yang sudah mempunyai rumah di kampung yang berkedudukan jauh tetapi terpaksa bekerja di ibu negara.

"PR1MA bukan setakat memberi rumah tetapi ia sebenarnya membentuk masyarakat. Saya nak pastikan program PR1MA ini akan membentuk komuniti yang aman dan damai," katanya di lobi Parlimen, Rabu.

Sebelum ini antara syarat kelayakan untuk memohon pemilihan rumah di bawah projek berkenaan ialah pemohon tidak memiliki lebih daripada satu hartanah. - BERNAMA

Artikel Lain