suria

Perkhidmatan Kesihatan Dikecualikan GST - Dr Subramaniam

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan pada Khamis mengulangi penegasan bahawa perkhidmatan kesihatan akan dikecualikan daripada cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

Menterinya Datuk Seri Dr S. Subramaniam juga menegaskan tidak akan berlaku kenaikan besar dalam kos penjagaan kesihatan apabila GST dilaksana.

Kementerian akan terus memainkan peranan proaktif dalam mengurangkan kesan pelaksanaan GST terhadap perkhidmatan kesihatan bagi memastikan rakyat, terutama golongan berpendapatan rendah terus menikmati perkhidmatan pada kos berpatutan, katanya dalam kenyataan di sini.

"Pelaksanaan GST adalah pada 2015 dan kementerian ini akan meneruskan perbincangan dengan Kementerian Kewangan untuk melihat keseluruhan spektrum perkhidmatan kesihatan bagi meminimumkan kesan GST terhadap kos penjagaan kesihatan," katanya.

Kerajaan sebelum ini mengumumkan perkhidmatan kesihatan dikecualikan GST. - BERNAMA

Artikel Lain