Pekerja Binaan Maut Bangunan Kedai Runtuh Di Sandakan - Semasa | mStar

Pekerja Binaan Maut Bangunan Kedai Runtuh Di Sandakan

SANDAKAN: Seorang pekerja binaan maut apabila bangunan kedai dua tingkat yang masih dalam pembinaan di IJM Batu 6 dekat sini runtuh, pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Sandakan ACP Rowell Marong berkata mangsa dikenali sebagai Mustafa Mustamin, 20, seorang pendawai elektrik.

Beliau berkata kejadian berlaku kira-kira pukul 5.45 petang dan diklafikasikan sebagai kemalangan.

Mangsa dihantar ke Hospital Duchess Of Kent untuk bedah siasat.

"Mengikut laporan yang diterima, mangsa berada di atas bangunan kedai tersebut sebelum runtuhan berlaku dan kehilangan mangsa hanya disedari sepupunya.

"Kehilangan mangsa disedari pada pukul 8 malam dan memaklumkannya kepada pihak bomba dan penyelamat," katanya.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sandakan, Jemishin Ujin berkata pihaknya yang menghantar 19 anggota bersama dua jentera dan sebuah kenderaan pelbagai guna mengesan mangsa yang terperangkap di bawah runtuhan konkrit pada pukul 10.04 malam dan berjaya mengeluarkan mangsa pada jam 10.23 malam. - BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

Artikel Lain

Signal dijangka pesaing utama WhatsApp