suria

Kerajaan Sentiasa Komited Tingkatkan Kemahiran Rakyat Berpendapatan Rendah

KUALA LUMPUR: Kerajaan sentiasa komited dalam meningkatkan kemahiran rakyat berpendapatan rendah, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Khamis.

"Kita terus komited meningkatkan kemahiran rakyat berpendapatan rendah agar kualiti kehidupan rakyat bertambah baik," kata beliau dalam laman Twitter.

Beliau mengulas mengenai pautan twitter Bernama bertajuk "Peruntukan RM88 Juta Untuk Kurangkan Jurang Pendapatan Rakyat" yang antara lain diperuntuk bagi melaksanakan pelbagai peningkatan keupayaan dan kebolehan isi rumah berpendapatan 40 peratus terendah dalam tempoh 2011 hingga kini.

Berita itu memetik Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Razali Ibrahim berkata inisiatif tersebut bertujuan merapatkan jurang pendapatan di kalangan rakyat.

Ia mampu meningkatkan kelayakan dan kemahiran kumpulan sasar sekaligus menjadikan mereka lebih mudah untuk mendapatkan pekerjaan bergaji lebih tinggi. - BERNAMA

Artikel Lain