suria

Polis Tumpas Sindiket Dadah Dengan Nilai Rampasan RM18.5 Juta

KUALA LUMPUR: Anggota kumpulan sindiket dadah, yang melakukan penyeludupan dadah ke Indonesia melalui pelabuhan terpencil di Selangor telah ditangkap dengan rampasan pil syabu dan ekstasi bernilai kira-kira RM18.5 juta.

Tiga anggota sindiket warga Indonesia, termasuk seorang wanita juga ditangkap dalam beberapa serbuan di Sekinchan dan Sabak Bernam pada Ahad.

Kira-kira 40.5kg syabu dan 275,213 syabu turut dirampas dalam serbuan tersebut.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Datuk Noor Rashid Ibrahim berkata, sindiket itu telah beroperasi di pinggir bandar memudahkan akses ke pelabuhan kecil dan secara haram di sepanjang pantai.

"Kami percaya mereka telah beroperasi selama kira-kira setahun.

"Dadah itu diseludup masuk ke negara ini melalui negara-negara lain," katanya pada sidang akhbar di Bukit Aman, Rabu.

Beliau berkata suspek berusia antara 21 dan 38 adalah dari Acheh, Indonesia.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain