Pistol Di Stadium Shah Alam Bukan Milik Polis - Semasa | mStar

Pistol Di Stadium Shah Alam Bukan Milik Polis

SHAH ALAM: Polis Selangor pada Rabu mengesahkan penemuan sepucuk pistol dan tujuh butir peluru dalam tandas di Stadium Shah Alam pada perlawanan akhir Piala Malaysia Ahad lepas, bukan milik anggota pasukan itu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor SAC Mohd Adnan Abdullah berkata pihaknya tidak menerima sebarang laporan kehilangan pistol dari mana-mana anggota keselamatan yang bertugas ketika berlangsungnya perlawanan antara pasukan Pahang dan Kelantan.

"Setakat ini, kita masih menjalankan siasatan berhubung penemuan pistol dan tujuh butir peluru itu. Kita juga tidak menerima sebarang laporan kehilangan pistol itu dari mana-mana anggota keselamatan yang bertugas pada hari berkenaan," katanya.

Mohd Adnan berkata siasatan menyeluruh akan dilakukan termasuk motif pistol itu dibawa masuk ke dalam stadium oleh pemiliknya.

Akhbar pada Selasa melaporkan penemuan sepucuk pistol jenis Browning dan tujuh peluru dalam tandas di Stadium Shah Alam ketika perlawanan akhir Piala Malaysia oleh seorang anggota polis yang kebetulan mahu menggunakan tandas. - BERNAMA

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

Artikel Lain

Wan Kuzain sertai latihan skuad Sukan SEA