suria

Cameron Highlands Masih Selamat Untuk Dikunjungi

Gambar menunjukkan kawasan penempatan dan pertanian yang musnah akibat banjir kilat di Lembah Bertam pada Oktober. -foto BERNAMA
Gambar menunjukkan kawasan penempatan dan pertanian yang musnah akibat banjir kilat di Lembah Bertam pada Oktober. -foto BERNAMA
Gambar menunjukkan kawasan penempatan dan pertanian yang musnah akibat banjir kilat di Lembah Bertam pada Oktober. -foto BERNAMA

PETALING JAYA: Bagi pelancong yang mahu pergi ke Cameron Highlands, ia masih selamat walaupun pengusaha-penguasaha di sana bimbang pembangunan yang tidak dirancang sebaiknya dan pembersihan tanah berleluasa akan merosakkan prospek pelancongan.

Pengurus Besar Hotel dan Pangsapuri Parkland, Cheng Weng Kin berkata pembatalan tempahan hotel telah meningkat sehingga 40 peratus sejak 23 Oktober lalu di mana Lembah Bertam dilanda banjir kilat.

Beliau berkata ini memberi kesan kepada sektor pelancongan kerana orang ramai khuatir terperangkap dalam kejadian banjir atau tanah runtuh yang lain.

"Tolong faham bahawa Lembah Bertam terletak jauh dari kawasan pelancongan utama. Kemudahan jalan utama tidak terjejas dan ia adalah selamat untuk bercuti di sini," katanya kepada The Star.

Cheng, yang menggesa kerajaan untuk mewartakan Cameron Highlands sebagai destinasi pelancongan berkata ramai pelancong telah tertarik untuk ke situ kerana kemudahan yang disediakan bertambah baik.

Bagaimanapun, beliau berkata pelancong juga sedar akan peningkatan suhu di kawasan itu dan kerja-kerja membersihkan tanah yang sering dilakukan.

"Sentiasa terdapat kawasan baharu yang diterokai. Pada musim hujan, kami perlu menjelaskan kepada pelancong mengapa air mandi bertukar kepada warna teh tarik (teh susu).

"Baru-baru ini kami memasang penapis air yang besar, dan kami menyediakan tetamu dengan dispenser air. Tidak guna menggunakan cerek sekarang kerana air akan bertukar menjadi kuning selepas seminggu," katanya.

Cheng, yang bersetuju bahawa berlaku pencemaran dalam sistem, meramalkan masa depan pelancongan yang sangat cerah di kawasan tanah tinggi itu akan terhapus jika pembangunan tidak terkawal tidak dibendung.]

Cheng juga tidak bersetuju dengan kenyataan Pegawai Daerah Datuk Ahmad Daud bahawa keadaan di Cameron Highlands adalah "di bawah kawalan".

Bagaimanapun, beliau berkata media dan NGO telah melakukan tugas yang baik dengan menonjolkan masalah di sana.

Beliau berkata pengusaha hotel mahu jalan utama diperluas bagi pengurusan trafik yang lebih baik.

Mereka juga masih menunggu pasar malam Brinchang yang popular di sepanjang jalan utama dipindahkan kerana ia telah menyebabkan kesesakan lalu lintas yang teruk.

Mereka juga melobi untuk menamatkan pembangunan tidak terancang, yang meningkatkan risiko tanah runtuh dan banjir kilat.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain