Sokongan Pengundi Cina Kepada BN Pada PRK Sungai Limau Meningkat - Najib - Semasa | mStar

Sokongan Pengundi Cina Kepada BN Pada PRK Sungai Limau Meningkat - Najib

PUTRAJAYA: Keputusan pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (SUN) Sungai Limau, Kedah semalam secara sepintas lalu menunjukkan terdapat peningkatan sokongan kaum Cina terhadap Barisan Nasional (BN), kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata keputusan dua peti undi yang bilangan pengundi dari kaum Cina didapati lebih ramai menunjukkan bahawa sokongan mereka kini memihak kepada calon BN.

"Kalau kita lihat sepintas lalu, memang ada peningkatan, tapi kita perlu membuat kajian lebih mendalam mengenainya," katanya kepada pemberita selepas majlis sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan di PICC di sini Selasa.

Keputusan PRK pada Isnin menyaksikan PAS mengekalkan kerusi DUN Sungai Limau dengan majoriti 1,084 undi, apabila calonnya Mohd Azam Abd Samat, memperoleh 12,069 undi berbanding calon BN Dr Ahmad Sohaimi Lazim, yang mendapat 10,985 undi.

Najib berkata walaupun tewas, prestasi BN boleh dikatakan menggalakkan kerana ia berjaya mengurangkan majoriti PAS, dan kawasan itu pula merupakan kubu kuat parti itu.

"Kalau dahulu majoriti kita kalah di tempat ini ialah 2,774 dan kini berkurangan kepada 1,084 undi, ini menunjukkan ada trend sokongan ke arah BN," kata Najib.

"Kita tahu ini kubu kuat PAS sebab kawasan ini sudah lima kali Pilihan Raya Umum kita tidak menang, namun PRK kali ini kita berjaya menembusi 10 pusat daerah mengundi berbanding PAS sembilan," katanya.

Najib berkata beliau percaya dengan kemenangan PAS, parti pembangkang pasti tidak akan menyalahkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) seperti lazimnya yang sering dilakukan mereka apabila tewas pilihan raya.

"Ini menunjukkan demokarasi di Malaysia segar dan telus dan perjalanan serta keputusan PRK ini tidak boleh dipertikaikan," katanya.

Beliau mengucapkan terima kasih kepada pucuk pimpinan peringkat nasional yang diketuai Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin; peringkat negeri yang diterajui Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir serta peringkat bahagian diketuai Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

"Terima kasih juga kepada wakil BN negeri, sayap wanita, pemuda dan puteri. Ini adalah kerjasama berpasukan yang baik antara peringkat negeri dan bahagian, mereka bekerja keras dan menunjukkan prestasi yang baik di dalam BN," katanya. - BERNAMA

Artikel Berkaitan

Klik

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

Artikel Lain

BN kekalkan kerusi Parlimen Kimanis